Sunday, April 10, 2011

budak sekarang. amboi


lepas habis hujan tadi aku dan dia ke luar untuk jalan-jalan menghirup udara se-segar selepas hujan. syiok. kau pernah rasa. seronok sangat. tetiba rindu masa dulu. err *dulu bila?

dan aku duduk d buaian, anak buah perempuan aku buaikan. nampak tak ke-sweet-an kami kat situ. dan macam cerita cerita terkeluarlah dan ada satu cerita ni.

aku : min duduk rumah nenek tu ada kawan ke
min : ada nama dia zafi *kot* -dia ada mak je. dia tak ada ayah.
aku : ayah dia pergi mana
min : ayah dia dah meninggal. ayah dia pergi ubi. *ubi?haha*
aku : UBI? ubi apa?-*sambil aku kerut kerut kening nak faham apa yang dia nak sampaikan sebenarnya, dan aku faham dah , tapi dia cuba nak explain dekat aku, mungkin dalam pemikiran dia yang aku tak faham. dan dia explain. aku dah boleh tangkap apa dia nak cerita. aku dengar dan dengar
min : ayah dia pakai baju tutup tutup semua lepas tu ikat lepas tu ayah dia bukak muka kejap lepas tu ayah dia kena masuk dalam bawah lepas tu tutup dengan pasir. lepas tu tubur. ha ayah dia kena masuk dalam tubur. *tubur? haha* orang sakit kene masuk dalam tubur usu. ayah dia sakit. sakit kena masuk dalam tubur. *dia siap buat gaya lagi tutup badan semua*
aku : tubur?? tubur HAHAHAHAHA kubur lah min.
min : HAHA tubur kubur tubur kubur. *dia sambung gelak dengan aku*
aku : .. HAHA

dari ubi sampai lah dia dapat point dia nak cerita dengan aku. ubi? mana dia cakau perkataan tu da. haha. ubi ubi.

banyak lagi perbualan tapi perbualan ni buat aku terfikir.
budak zaman sekarang dah tahu apa tu kubur mati. lain budak dulu. lain. selalu dulu tengok drama tivi bila mak meninggal, anak kecil jadi tak faham.

anak buah aku baru umur lima tahun dah faham apa itu kematian sakit kubur. atau mungkin diorang hanya faham tak faham apa itu mati dan kubur. susu apa diorang minum sekarang. bijak. cakap lagi petah dari aku. sampai aku malas nak layan. bukan penat nak layan.

#setiap yang hidup pasti mati. aku takut sebenarnya untuk melangkah ke dunia hadapan. sesiapa boleh papah aku kehadapan bersama.

anyone?