10.4.13

tempat memang sempit


apa yang jadi lately ni memang satu cabaran tapi tak la mencabar sangat. aku still boleh handle lagi, so maknanya aku terel la kan, lol

okay first memang dunia aku dah bertukar dari yang sangat busy gila sekarang aku honeymoon betul. shopping mall dah jadi ruma kedua aku. untuk makluman masa adanya duit la, sebab sekarang ni aku masih ada. untung lah gitu. aku tak tahu nanti aku dah kehabisan aku nak cari mana. aku harap aku jumpa pakwe banker. haha lol

okay sebenarnya aku dah explain. macam mana ye nak bagitahu situasi dia. okay letsay dulu aku seorang yang susah sangat untuk berkata no. memang kalau orang lain minta aku buat sesuatu yang aku tak mahu tapi aku kena jugak buat. tak adil kan.

so sekarang aku dah boleh buat. aku kata no. sebab memang aku taknak. tapi aku kesian dan tak sedap hati pulak. why. why sebab aku tak sampai hati sebenarnya and aku takut one day nanti bila aku need someone and someone tak boleh nak tolong aku. tu aku fikir, sedih kan. sebab kan aku pernah la dengar ayat 'kau tolong org ni, mana tahu one day nanti kau perlukan pertolongan orang akan tolong kau'
and yes, tapi kalau kes paksa. atau mengambil kesempatan. tu adil ke kau cakap dengan aku !

eh marah

lol.

k bye

25.3.13

hari terakhir di situ


entah, aku rasa sangat seronok. seronok dapat pergi dari situ, jauh dari orang yang aku penat berpura depan mereka. mungkin aku bahagia sekejap kan. aku puas dengan keputusan ni tapi aku takut sebenarnya dengan apa yang akan jadi dekat aku nanti. kelak. semoga dipermudahkan segala urusan. dunia akhirat. aku harap sangat. perjalanan lepas ni tak sesusah apa yang aku tempuh selama ni.

aku tak jumpa semua orang. aku mahu hilang dan tak perlu ingat aku lagi sebab aku nak kita fair sebab aku tak mahu pandang ke belakang untuk aku fikir apa yang aku buat ni adalah salah. no. aku taknak fikir. aku nak cipta buku baru untuk terus kedepan. insyaallah.

aku tak mahu rindu.

: seronok rupanya buat keputusan kan. antara kau berani atau tidak.


9.3.13

letter 2

muncit
mulut berkata hari merasa

ada yang lain sejak akhir akhir ni. aku kurang pasti apa. apa yang pasti aku tak akan menarik balik surat tu. itu yang aku pasti. tapi aku tak pasti dengan orang sekeliling. betul la kata org kaau jauh wangi, dekat busuk ye, barang kali bau busuk yang aku bawa sepanjang tujuh bulan tu dah semakin nak bauan yang wangi, aku fikir.

aku tak mahu pura pura. aku akan susah bila aku buat keputusan ni. tapi aku kena. aku malas berpura pura. aku dah penat.

aku tahu. aku faham. aku ada masalah. aku tahu semua org ada masalah. and aku tak tahu apa akan jadi nanti, aku harap kita dapat selesai kan masalah bukan hanya dengan meminta maaf. aku benci org mintak maaf dan dia buat lagi. eh kau percaya karma?

HAHAHA

aku bosan begini. yang pasti aku tak sabar menunggu tibanya hari akhir itu. dia di awal kan. oh bahagia nya sekarang. sekarang. sekarang. sekarang.

alahai

: move ke hari sembilan

2.3.13

letter 1


sekadar apa yang mahu jari jemari menaip dan hati yang berkata.

akhirnya aku buat keputusan. dan pastinya aku merasakan adalah keputusan yang sangat betul pada masa ni. tapi aku belum pasti apa akan jadi kelak. dan aku harap dia akan berakhir dengan cepat. yang pastinya aku masih ragu dengan keputusan ni tapi aku harap aku dapat memula kan benda baru yang akan menghilangkan rasa yang sangat teruk bila ada dekat situ

keadaan aku seperti aku tengah memengang tali gantung akibat dengan keputusan yang tak pasti dan taknak tempuh ke hadapan. aku lemah. aku sangat cepat give up. dan aku harap urusan aku dipermudahkan, begitu jugak kau yang sedang membaca entry ni. aku pasti kau juga punyai masalah. mungkin masalah kita tak sama.

aku tak tahu apa aku buat. aku tempuh tanpa aku fikir apa akan jadi. persoalan nya siapa yang akan tolong aku nanti bila aku jatuh dan susah bangkit? no one. i know. 

kau kena bangun seperti dulu. again julia. again. kau kena tahu. no one akan tolong kau. kau kena tahu tu. kau kena tahu. simpan dalam otak hati kau tanam sekemasnya bahawa nanti tiada sesiapa akan tolong kau. ingat tu

: hari kedua. 

21.2.13

perjalanan aku di situ bakal berakhir


perjalanan nya aku dia mereka sukar. masih sukar tapi boleh handle. aku takut buat keputusan. aku memang pengecut. aku tak suka benda baru. aku bukan jenis macam tu. aku takut  memulakan benda baru. melainkan ada orang support aku. tapi malangnya, no one.

aku dah besar. dan aku tahu. tapi aku perlukan support. masih, aku mengaku aku anak bongsu yang suck.

aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak. aku harap ada jalan yang mudah bagi aku tempuh. Allah sangat mengetahui apa yang kita tak mengetahui. alot.

7.2.13

hidup mati



alahai life,
susah rupanya nak hidup. kena macam macam kena hadap. dari susah bertambah susah.
kenapa kena macam ni
kenapa dia tak nak pergi
susah ke nak move on
degil ego baran . itu dia
kalau ada tiga ni dalam diri. selagi tu lah engkau taknak pernah nak mengalah dengan kehidupan kau
aku harap kau dapat pergi jauh
sejauhnya agar otak kau pergi jauh lagi bagus dari aku. tu aku harapkan
tapi aku rasa kau 'lambat'. sorry
why.
kenapa kau macam tu. please la bukak hati bukak minda please. pergi jauh dari sini. cari diri kau untuk masa depan kau. kau kena move on. kejar la orang lain yang dah berjaya agar seiring dengan kau. tapi kau terlalu memandang kepada kejayaan yang terlalu tinggi, yang susah kau gapai. kenapa. kenapa tidak kau merangkak seperti aku dulu. sekecil kecil aku tatih berjalan. kemudian ada orang pimpin. tapi lain kau. kau mahu terus berlari seperti orang dewasa yang terlalu mengejarkan kejayaan yang kau pun tak begitu pasti.

mungkin aku terlalu banyak cakap. jadi dia fikir aku bodoh.

29.1.13

apa akhirnya

aku selalu berdoa. agar dia dapat yang terbaik dalam life dia.
tapi cara aku buat dia salah sangka.

aku lah yang teruk.