Saturday, April 09, 2011

PAKCIK-TRAFFIC LIGHT

tadi masa nak pergi 'jalan-jalan'. seperti biasa aku ada bapak yang sering membawa kemana d sebabkan aku tiada lesen kereta, lagi. ada mak aku sekali dalam kereta

semasa d traffic light. semua kereta berhenti sebab lampu merah. tengahari. panas.

tetiba mak aku kata : "tengok, macam mana orang cari rezeki, tengah panas-hanya jual pen, susah"

mula-mula aku n blur juga, kejadah ni tetiba. aku buat muka tanya "ha?". mak aku kata "tu pakcik tu-dia jual pen, seringgit satu" aku pun "OHH" mula-mula tak ada perasaan, biasalah

mak aku dah nampak dia sebelum ni tapi kenapa kau tak pernah nampak pun. pelik.

pakcik tu berserban putih. muka dia agak gelap. pakai spek besar (bukan spek hitam ) itu dari pandangan aku. jauh

kalau korang tahu traffic light dekat kL ni lama. kau pergi lah mana tempat pun. aku rasa berjam juga ada dalam empat ke lima minit. lama. ada jugak pakcik tu jalan sampai sepuluh ke buah kereta dari depan-tiang traffic light. slow

mak aku : nah bagi duit ni
aku : tak sempat, traffic light ni nak gerak dah
mak aku : sempat
aku : aduh (sambil tangan ambik jugak duit)

mak aku pas kat aku memandangkan pakcik tu jalan dekat belah sit aku. bertentangan dengan mak aku. #bapak aku macam tak ada point sebab dia pun senyap je. dan bila dia sampai dekat kereta aku.

aku bukak tingkap dan bagi duit ambil pen.

pakcik tu terus cuim duit tu. #aku tak tahu kenapa. tapi kat situ aku nampak dan aku rasa something err - aku rasa pakcik tu islam.

something apa. okay aku kesian. kesian sangat. hiba. aku tak tahu kenapa.
sampai aku terfikir-fikir. kesian. kau bayangkan pakcik tu tak mintak sedekah kat pasar malam punn tapi dia jalan tengah panas tu hanya jual pen. pen tu aku rasa berapa sangat pun. kau bayangkan lah tengah-tengah hari kereta nak bukak ke tingkap hanya mahukan pen. tidak kan. lebih kepada siapa ikhlas bukak lah tingkap sedekah.

aku tak rasa aku akan buat. entah aku tak tahu. itu pun mak aku ada. nak harapkan aku? ah. bukan aku kedekut tapi aku tak rasa aku akan bukak tingkap kereta dan hulur.

bayangkan bapak kau. kau bayangkan dia tu bapak kau. oh man. kau sanggup ke. dan kau anak anak yang tak reti bersyukur, mintakk itu ini dekat mak-bapak yang cari rezeki. #tengok aku dah tazkirah sabtu. aku mengaku, anak anak zaman sekarang demand. sangat. aku sekali termasuk. tapi mak aku tak pernah nak layan. kesian.

serius first aku tengok aku memang tak ada perasaan apa pun tengok pakcik tu. sampai lah aku yang bagi dia duit dan aku nampak dia sangat-sangat bersyukur. Ya Allah ! kesiannya.

susahnya dia. kesiannya dia. aku tak rasa dia jalan tu nak mintak belas kesian orang. aku tak tahu lah tapi aku rasa tak. aku rasa dia sangat ikhlas dan dia bersyukur bila ada orang bukak tingkap kereta dan hulurkan dia duit dan beli pen tu.

dan sampai sekarang aku fikir. kalau lah aku. sanggup nak jalan tengah panas. harapan. mengedik ulang ayat "panas, panas, panas"

kalau ni pakcik tu, aku memang bukak pintu kemudian tangkap gambar sekeping dua.
jap. ajak kahwin sekali
. korang tak rasa ke.

JAHAT.
SORRY.