Monday, March 28, 2011

hidup aku tak sama macam dia dia tu, kan

ni saja

untuk menangis meraung sebab gagal tu bukan penyelesaian yang bagus sebenarnya. aku percaya apa yang jadi ada hikmah. mungkin Allah tak bagi itu, tapi dia bagi ini. mungkin lebih baik.

hidupan aku tak macam hidupan remaja lain aku rasa. walah remaja okay* noted tu aku remaja. hha. sebab aku bukan yang macam dia dia ni, aku juga bukan macam dia dia tu. sebab aku lain. aku tak suka tapi entah.

hidupan aku bosan. tak macam kau punya hidupan. mesti lagi seronok berbanding aku. oh okay aku pernah juga cakap macam ni dekat kawan aku. then dia kata. "kau tahu susah kau, ada ramai lagi yang lebih tak bernasib baik, lebih teruk dari hidup kau" fine aku mengalah. mungkin. oh tak. yes aku setuju.

tak semua yang aku rancang menjadi. tak semua menjadi bila aku rancang. sebab kehidupan itu rumit. rumit aku rasa. err

berapa lama aku boleh tahan? entah berapa lama aku akan jadi kuat. mungkin ke aku akan jadi lemah. sampai bila.

try and error

bosannya. hari hari facebook. blog. baca. senyum. okay. hari hari sama je. buat benda sama. tak ada life je rasa. bosan. bosan.


sometime aku mencari drama. biarlah drama melayu asal kan aku tengok kehidupan yang annoying. manusia manusia d sekeliling aku ni hidup. aku suka. aku suka tengok manusia. gelagat. perangai sorang sorang. peliknya dia ada. istimewanya dia ada. aku boleh ketawa sorang sorang. kira "hebat" juga aku happykan diri sendiri walaupun.

bak ayat dalam kami the movie "hidup ini memang palat, tapi esok masih ada". kan