manusia ini bercerita. tapi maaflah sekarang mood aku tak mahu mendengar cerita kau.
sebab aku belum pasti antara cerita kau tu betul atau tak
tapi aku cuba memberi perhatian
manusia ni tak faham lagi.
aku tak mahu mendengar tapi manusia ini terus bercerita sehingga aku senyap
aku minta maaf. aku betul tak ada mood.
entah sejak akhir ni aku malas sangat. aku tak tahu kenapa
bila orang bersuara aku rasa nyaring. dan aku perlukan penutup telinga yang aku tak mahu dengar apa yang kau mahu katakan. semua bohong.
manusia kadang kadang tak faham
macam perangai aku jumpa
aku takut
bila aku terlalu bercerita pasal manusia yang aku tak gemar. lama lama nanti aku begitu
kau tahu karma. sekarang dunia begitu.
aku takut sebab ia terlalu cepat. itu sebab nya aku takut.
manusia oh manusia. aku juga manusia.
aku mahu kan kesempurnaan. terlalu mahukan
tetapi selalu kecundang
kemudian aku akan kecewa.
dan aku rasa lemah.
siapa yang akan bantu aku masa tu
adakah kau. atau kau. atau kau.
aku tak tahu. aku rasa mungkin tidak.
aku tak mengharap tetapi aku memerlukan.
manusia. jangan terlalu lemah.
jangan terlalu mahukan kesempurnaan. kelak kau akan susah.
manusia. kau terlalu kerdil. buatlah yang kau mampu.
dekat kan diri kau kepada yang Esa. DIA yang akan membantu kau bila kau di bawah.
ye aku tahu roda dunia sentiasa berputar dan tak berhenti
aku terlalu takut untuk melangkah.
doakan aku mencuba
aku teringat dulu-dulu. cikgu sekolah rendah aku bagi ayat ni dekat kami.
''kejayaan yang d cipta adalah hasil kerja yang berterusan''
kau rasa bila umur kau darjah empat. kau terlalu memahami.
jangan harap. sehingga sekarang ayat tu ada dalam buku kecil aku.
aku terjumpa sekarang.
dan bila aku baca masa umur aku sekarang, setelah kurang sepuluh tahun berlalu.
aku baru faham. faham sangat. rupanya aku tak lakukan itu.
aku menyesal. ah aku selalu ada penyesalan.
aku benci ada perasaan menyesal.
celaka.