Monday, July 04, 2011

dunia apa lagi?


kadang aku nak tanya dekat Tuhan

"Tuhan, kenapa aku tak jadi begitu, seperti dia, apa yang dia mahu semua ditunaikan, kenapa aku dapat begini"

"Tuhan, kenapa aku kena dapat benda yang begitu, aku mahukan begini. kenapa dia dapat apa yang dia mahu"

"Tuhan, kenapa aku dapat begitu, aku mahukan yang begini, tak mampu ke aku untuk dapat"

"Tuhan, aku mahukan kehidupan aku yang dulu, boleh bukan?


#bunyi macam orang tak pernah bersyukur dengan hidup bukan?

tapi orang sekeliling aku memberi peranan yang "berharga" sampaikan aku jatuh dan susah untuk bangun

berlumba lumba manusia di luar sana ingin membuat aku lemah, aku di pukul dengan kuat, aku di hentak kepala. aku di biarkan menangis, tanpa memujuk. aku lemah, aku dipukul hingga aku tak boleh bangkit. aku meraung meminta tolong, tiada. tiada siapa datang dekat aku menghulurkan tangan. mereka ketawa mengilai. aku menangis teresak penuh dengan kesakitan.

apa patut aku buat sekarang. aku duduk dan menghesot ke tepi agar boleh mencari ruang untuk bangkit. tolong aku