Friday, May 27, 2011

tika dan waktu bila aku meraban tak tentu pasal


kau tahu bila aku tak cakap benda tu atau aku tak cerita semua dekat kau
itu mungkin aku ada sebab kenapa aku tak perlu pun nak bagitahu kau
sebab mungkin kau tak boleh nak simpan rahsia ni tapi kau boleh simpan rahsia lain
mungkin. aku tak kata kawan aku tak pandai jaga rahsia. atau mungkin ada setengahnya
tapi aku tak tahu siapa
contoh macam aku memang nak benda tu jadi rahsia
tetiba esok dah ada orang tahu
kalau orang dah tahu, of cos bukan jadi rahsia kan
atau jadi rahsia kau tapi bukan dah rahsia aku, sebab aku memang nak rahsia yang aku kata rahsia tu memang akan jadi rahsia sampai bila bila

kau tak faham agaknya
tunggulah bila kau dah ada dalam keadaan aku baru kau faham
aku harap kau faham

tak semua benda kita kena bagitahu kau
tak semua
kadang tu aku rasa sesuai ke tak cerita dekat kau
sebab aku dulu pernah kena
benda tak patut aku cerita atau rahsia tu aku kongsi aku cerita dan jadi apa drama kesudahannya
tak seronok dah

kadang pun bila kau jadi kawan aku
kemudian bila kau nak jaga hati seorang kawan
walaupun kau ada perasaan dekat dia
aku rasa kalau kauu sayang persahabatan yang kau cipta dari dulu tu
baik kau rahsiakan apa perasaan kau dekat dia
serius.

atau terpulang kau. aku dah bagi tahu, misal kau tak mahu ikut. kau bagitahu perasaan kau kemudian apa seterusnya jadi kau jangan salahkan aku.
sebab aku dah lalui
memang sekarangg aku lebih sayangkan hubungan seorang kawan baik, antara lelaki kepada perempuan atau perempuan kepada perempuan. tak kisah.
sebab sekali kau berkawan selamanya akan kawan. tapi bila kau dah start bercinta dari hubungan kawan, aku tak rasa ramai nak kawan selepas bercinta. tepuk dada tanya selera.
ada. memang ada. aku tak nafikan ada yang boleh, ha, kau pun boleh tengok sekeliling kau. "oh ye kakak aku boleh kawan dengan ex ex dia", "kawan aku si peah tu boleh je kawan dengan ex ex dia". ada. tapi tak semua, aku tak boleh so what. sebab sebab

rahsia.

semua nak rahsia.
kan aku dah kata, tak semua benda pun aku kena kasi tahu kan.
rahsia tetap rahsia.
kenapa rahsia, apa rahsia. tu semua rahsia. apa kenapa mengapa bagaimana? semua tu tak boleh tanya sebab rahsia.
bila kau percaya someone dan kau kongsi rahsia dengan dia kemudian dia bagitahu orang yang kau tak nak dia tahu. apa kau rasa?

kau rasa apa?

kalau aku

kalau aku lah

kalau aku lah kan

aku akan bunuh dia sebab dia pergi jaja rahsia aku

bunuh dia

siat-siat. blender. yumm. buat kari masak orang.

okay aku lapar sekarang cerita pasal kari. dan tetiba aku teringin makan ais blended.

celaka apa aku meraban ni**