Tuesday, May 03, 2011

bila tiada baru nak ingat semua. sekecil kecilnya. sebesar-besarnya ingat


d sebab kan duit
dan aku teringat bila tak ada duit
seperti sekarang
nak jumpa dalam beg seposen pun susah
aku teringat tiba tiba hutang kawan aku masa sekolah rendah

masa darjah satu. dia hutang nak beli pen dekat kedai buku

masa darjah dua. dia hutang nak belanja aku nasi ayam dekat kantin sekolah

masa darjah tiga. dia hutang aku sepuluh sen sebab tak cukup duit nak beli kuih bom dekat kantin sekolah.

masa darjah empat. dia hutang aku dua puluh sen sebab nak genapkan duit dia seringgit.

masa darjah lima. dia hutang aku sebab nak bayar duit kelas sehari lima puluh sen

masa darjah enam. dia hutang aku seringgit sebab lupa nak mintak bapak dia tadi.

##tu belum lagi masuk tingkatan satu sampai lima. next.

dan dia dia dan dia ni tak bayar sampai sekarang.
mana aku nak cari mereka.
kemana hilangnya mereka.
kau rasa aku ingat muka muka mereka yang hutang dengan aku
aku tak rasa aku ingat
jiran aku punya muka pun aku boleh lupa-kan begitu sahaja
inikan pulak muka budak sekolah rendah yang tak matang lagi tu.
mestilah tidak
habis macam mana ni. macam mana nak cari mereka dan suruh mereka bayar semua hutang mereka ni.

tu belum lagi hutang aku dengan mereka-mereka ni. sure lagi ber-rm-rm.
habis. siapa nak tolong aku cari mereka semua untuk bayar juga hutang aku kepada mereka ni.
siapa nak tolong.
siapa. siapa

habis lah aku - kat dunia ni pun susah nak cari. inikan pulak dekat akhirat - mahunya d tuntut sen sen yang ada. kalau kat dunia ni sempat bayar tapi tak tahu muka. kat akhirat tu dah lah tak berapa nak kenal sangat. ramai. nak mintak halal je pun

okay yang hal mereka semua tu. aku halal kan. tapi hutang aku dengan mereka macam mana.
halal tak. halal? tak? er