Saturday, January 01, 2011

apa yang aku rasa sebelum 2011 datang


aku tak lah sehebat macam kau, tapi kita sama kan. manusia ciptaan Tuhan yang ada cacat celanya, setiap perkataan yang keluar dari mulut kau, itu lah engkau. tapi aku nasihat kan kau supaya jangan lah angkuh sangat dengan apa yang kau ada, dunia kan, kau faham-faham sendirilah.

bila kau bercerita dengan gahnya, dan sambungan kau ketawa, aku akan turut ketawa, walaupun aku tak ikhlas sepenuhnya tapi aku masih cuba untuk menjaga hati manusia kerana aku juga seorang manusia. Betul aku akan buat.

baca ni
#tak semestinya masa pmr kau straight A, masa depan kau, akan cerah macam pelangi
#tak semestinya masa spm kau banyak A plus, masa depan, kau dapat kerja bergaji 5k
#tak semestinya kau tak belajar sampai univerisiti, kau susah sampai mati

kan? betulkan apa aku cakap. mungkin sekarang kau tak berstuju tapi mungkin selepas dua-puluh-tahun akan datang kau akan percaya semua kata aku. bak kata kawan aku roda dunia sentiasa berputar. dan aku mengakuinya.

aku sedih tengok kau, kau pernah dengar tak ; kalau kita bagus, kita takan cakap kita bagus malah orang lain yang akan cakap kita bagus. betulkan? so apa kata kalau dah selalu sangat kau tengok cermin kat muka tu apa kata kau cuba tengok lama sikit, dalam-dalam. aku banyak belajar pun dari kau, sebahagian je, tu pun aku ambik part yang bagus je,

dan kalau kau bagus part satu, aku bagus part dua dan tiga, tapi bila kau bagus part empat, aku akan bagus part lima dan enam, macam tula seterusnya, contohnya, tak semua yang kau tahu aku tahu tapi semua yang kau tak tahu tu aku tahu. so siapa lah kita ni nak cakap itu-ini, cuma manusia yang kecil dimata Tuhan. dah tu jangan lah angkuh sangat.

maaf sesiapa yang terasa, ni secara general, dua tiga menjak ni selalu travel kat blog orang, so banyak benda aku terbaca, so dari situ aku dapat idea, jangan dah pulak lepas ni tak post wall kat page aku, eh kisah pulak aku kau post ke tak *senyum*


and the last bye 2010, dan hello 2011
semoga hari-hari-yang mendatang agar lebih baik dari sebelumnya

HAPPY NEW YEAR 2011