Wednesday, November 10, 2010

bila aku mengimbau masa lalu






Gila rindu kot kalau ingat balik semua yang berlaku sejak dari awalan jun sampai akhir november, mana tak tiap minggu keluar. aku siap kena sound lagi dengan famili. yela mana tak. tiap minggu keluar duit pun kurang kan.

rindu gila satu - "kak aisha, jom teman pergi tandas", "kak aisha jom berak", "kak aisha, teman pergi bilik rekod", "kak aisha, teman .." , semua nak teman, mana tak-nya pergi baca buku hantu cerita dekat aku kan. memang lah aku takut. kahkah belum lagi masuk hari khamis "kak aisha, esok nak pergi mana-mana tak" selalu belum sampai hari khamis dah plan cantik punya nak pergi mana jumaat tu. orang sibuk sembahyang jumaat, kami pergi alamanda, billion, warta sekali je kan tak silap pernah pergi, kak aisha tak suka. tu belum duduk dalam kereta lagi. belum sabtu ahad jalan lag, belum lagi sesi mengedik depan camera kak aisha kan hish kalau nak cerita memang lah. peh gila rindu.

rindu gila dua - "kak nad, jom teman ju buka kat shukri", "kak nad, hari ni nak turun makan tengahari sekali", "kak nad, makan kat sini jom", "kak nad, hari ni tumpang balik", "kak nad, bila balik ipoh","kak nad, blablabla" <--gossip, kalau dengan kak nad banyak gossip, asyik tanya aku "ju, hari-hang ada gossip apa" ceh ada ke. ala kalau kak nad buat gossip untuk ju nombor satu kan, tak kalah punya ceh kahkah tapi rindu kot ni tak tipu punya rindu.

yang lain punya kakak-kakak tu sama je tapi tak lah macam dorang ni bertepuk-tampar sekali. ingat ! mana boleh tidur kat belakang, solat kena sebelum waktu rehat habis. kahkah kenangan doe siod betul rindu tapi rilek je tidur belakang, rilek je habis rehat baru solat kan. kahkah.

hari-hari ketawa ceh mana tak kurus kan kahkah *ada kena-mengena ke* gila rindu "ala asal pergi pasar malam awal-awal ni, tak boleh cuci mata" kahkahkah siapa selalu cakap macam ni eh? kahkah "hari ni nak p makan cafe nombor berapa" ,"kak, masuk touch n go, ju ada touch n go" last-last kahkah lupa ju bagi kat kakak ju pagi tadi. kak aisha pun cool suruh orang belakang undur sebab kami tak ada touch n go, buat malu haha kenangan kan. ahh tak boleh jadi rindu gila cet.

bila lah lagi kan nak selalu, nak pi tangkap gambar sesama tasik kuis pun jadi tangkap kan. belum lagi pergi alamanda, pusing-pusing putrajaya cari port tangkap gambar. bukit broga punya kenangan tak payah lah cerita, naik pakai kasut, turun ceh kaki ayam je. tapi selamat. best. korang lah yang paling best sekali. melaka tu tak payah cerita lah. yang aku tak boleh bla. bila dah habis "shooting" kami tu mesti ada soalan,"gambar siapa paling banyak? eis gambar ni, eis gambar tu eis haha" ada je kami ni macam perangai. tapi happening. banyak lagi perangai tak senonoh kami, tak semua aku cerita.

ah memang setiap pertemuan tu pasti ada perpisahan, eis aku tak gemar betul yang kes macam ni. memang tak gemar. asyik je aku. celaka

susahkan nak cari kawan susah senang. aku rindu dulu-dulu, bila lah nak jadi balik. mustahil lah. cet rindu lah.

soo-lepas ni mungkin boleh lagi keluar tapi bukan setiap minggu macam selalu kan. mungkin sebulan sekali pulak kan nanti. cerita kenangan kami lah paling best. sure tak tipu. kahkah

dala. rindu-rindu. teranjang kang.

hidup pun so-far so-good
tahun dua kosong satu satu ni
baru je nak start je kan
happy-happy okay
good luck julia
good luck semua